Thursday, August 6, 2015

Latihan 6

Isikan tempat kosong dengan jawapan yang telah diberikan

1.Syarikat itu mendapat ___________yang besar pada tahun lepas.

2.Abang Azwan mempunyai __________yang kuat untuk belajar melukis.

3.Projek itu terpaksa dihentikan kerana __________wang.

4.Membaca surat khabar sebelum ke pejabat,sudah menjadi suatu__________bagi
ayahnya.

5.Peperanganlah yang menyebabkan rakyat di negara itu hidup dalam __________.

6.Kebakaran itu telah menyebabkan __________harta benda yang banyak.

7.Kemalangan jalan raya yang berlaku malam tadi berpunca daripada
__________pemandu bas       mini yang terbabit.

8.Perbuatannya yang menjolok mata itu telah menimbulkan __________ibu
bapanya.

9.__________guru-guru dalam seminar itu sangatlah penting.   

10.Penumpang-penumpang boleh keluar melalui pintu yang terdapat di   bahagian belakang bas itu sewaktu berlaku sebarang __________.


    kecuaian     kesengsaraan    kemarahan    kecemasan      keuntungan

   kelaziman    kemahuan         kehadiran     kemusnahan    kelurangan


Sila hantar hasil kerja pada 10 Ogos 2015 (Isnin) di atas meja saya.